Home » Langit Terbuka » Piala Dunia 2022: Qatar larang minuman keras di jalan raya, tempat awam dan stadium

Piala Dunia 2022: Qatar larang minuman keras di jalan raya, tempat awam dan stadium

QATAR, 9 Nov. – Qatar memutuskan untuk melarang minuman beralkohol di jalan raya, tempat awam dan kemungkinan di stadium sepanjang penganjuran Piala Dunia 2022 di negara itu nanti.
Ketua jawatankuasa penganjur, Hassan Al-Thawadi dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu bertentangan dengan tradisi peminat bola sepak dan turut tidak menggembirakan mereka selepas kejohanan itu ditukarkan ke musim sejuk.
“Tiada sebarang minuman keras dibenarkan di jalan raya, dataran serta tempat awam, dan ia adalah muktamad.
“Kami menentang penjualan alkohol di dalam stadium atau sekitarnya. Bagaimanapun, pengharaman ini bukan secara menyeluruh, minum dibenarkan tetapi hanya di tempat yang jauh,” katanya.
Qatar tidak mengharamkan minuman keras, namun minum alkohol di tempat awam dan membawa masuknya ke negara itu adalah tidak dibenarkan.
Hassan juga menegaskan, Qatar akan menentang cubaan untuk mengubah undang-undang yang diperuntukkan di negara itu semata-mata kerana kejohanan tersebut, seperti yang telah berlaku di negara tuan rumah sebelum ini.
“Saya tidak masuk dalam perbincangan dengan FIFA mengenai perkara ini, dan terdapat tekanan hebat FIFA di Rusia (tuan rumah pada 2018) untuk menukar undang-undangnya.
“Namun, pendirian kami adalah jelas, kita akan mengikut undang-undang Qatar dan bersesuaian dengan adat serta tradisi kejohanan,” katanya.- Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *