KOTA KINABALU – Suara anak muda Sabah bergema! Seramai 30 peserta tampil berani ke pentas akhir Pidato Celik Madani (PCM) Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung pada 10 September di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Dengan hujah yang bernas, penyampaian yang yakin dan gaya masing-masing, para peserta bersaing dalam tiga kategori iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan (Bawah) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (Atas).
Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang akan membawa suara Sabah ke peringkat kebangsaan selepas ini.
- Kategori Sekolah Kebangsaan: Muhammad Faqrul Shahnie Tony , Sekolah Kebangsaan St. Dominic, Lahad Datu
- Sekolah Menengah Kebangsaan (Bawah): Nur Afifa Halwani Ahmad, Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau
- Sekolah Menengah Kebangsaan (Atas): Vanesza Hana Ronalan, Sekolah Menengah Kebangsaan Likas, Kota Kinabalu
Seramai 10 orang hakim mengadili pertandingan ini, dengan tiga hakim bagi setiap kategori yang diketuai oleh guru berpengalaman, Puan Noraidahwati Md Nowar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu.
PCM Peringkat Negeri Sabah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapa Sakmud. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Negeri Sabah, Ustaz Mohd Tabiin Sahri dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Encik Roslan Diming.
Lebih daripada sekadar pertandingan, PCM menjadi medan untuk anak-anak muda berani bersuara, bijak berhujah dan menyampaikan pandangan dengan ilmu serta adab.



KOMEN