Home » Citra Yadim » Pidato dakwah di majlis Iftar Perdana anjuran Hidayah Centre Foundation Perak

Pidato dakwah di majlis Iftar Perdana anjuran Hidayah Centre Foundation Perak

DALAM Usaha membangun tajdid dakwah yang berperanan, YADIM Perak telah memanafaatkan ruang menyempurnakan pidato dakwah di majlis Iftar Perdana anjuran Hidayah Centre Foundation Perak pada 12 Ramadan 1445 bersamaan hari Sabtu, 23 Mac.
Ringkasan pidatonya, Pengarah YADIM Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim menukil kembali kisah sahabat Rasulullah di tahun pertama disyariatkan amalan berpuasa.
Ujarnya, kekuatan rohani dan keyakinan tinggi terhadap pensyariatan puasa menjadi titik tolak ibadah ini menjadi asuhan mendidik iman dan takwa. Tambahnya lagi, dakwah terangkat dengan kekuatan ilmu dan ia disebut lebih 700 kali di dalam Al Quran.
Maka kelangsungan ilmu jelas beliau, tidak hanya terbatas kepada sempadan dan sisi amal Islami bahkan ilmu yang menyeluruh.
Turut hadir menjayakan iftar ini adalah saudara baharu dalam kalangan mahasiswa, perseorangan di lapangan kerjaya pelbagai dan bukan Islam yang sudi bersama dalam majlis ini.
Teruskan sokongan anda kepada YADIM Perak.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *