Home » Citra Yadim » Majlis Sumbangan Bakul Madani kepada 50 orang warga emas & OKU

Majlis Sumbangan Bakul Madani kepada 50 orang warga emas & OKU

SIFAT Peduli adalah salah satu sifat yang ingin dilahirkan kepada orang beriman melalui madrasah Ramadan. Menghayati Ramadan dengan sebenarnya akan menyingkap hikmah yang besar di sebalik perintah zakat dan amalan bersedekah.
Bagi merealisasikan salah satu daripada program signature badan dakwah ini, iaitu YADIM Peduli, maka pada 25 Mac YADIM Pahang dengan kerjasama erat rakan badan bukan kerajaan Kawanku dan Masjid Kampung Pandan 1 telah mengadakan Majlis Sumbangan Bakul Madani kepada 50 orang warga emas dan orang kurang upaya di sekitar kampung berkenaan.
Penolong Pengarah YADIM Pahang, Daie Muda YADIM Aisyah Ishak, diberi penghormatan menyempurnakan majlis di perkarangan masjid.
Dalam ucapannya, beliau mengajak hadirin menghayati pengajaran daripada Ramadan terutama berusaha menjadi golongan yang memberi, satu masa nanti.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda, Penolong Pegawai Operasi YADIM Pahang, Ustaz Shahrul Aizat Badarzaman, Pengerusi Kawanku, Puan Nilawati Hashim, Ketua Kampung Pandan 1, serta Pengerusi Masjid Kampung Pandan 1.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *