Home » Citra Yadim » ‘Pilot Project’’Cuci Cuci di Negeri Sembilan

‘Pilot Project’’Cuci Cuci di Negeri Sembilan

MAMBAU – Surau Ar Raudhah di Taman Kelab Tuanku di sini, telah dipilih sebagai lokasi pertama program Cuci Cuci Sukarelawan Al Falah (SAF) Negeri Sembilan.

Seramai 10 anggota SAF Negeri Sembilan serta kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah melakukan kerja kerja pembersihan surau pada 9 Disember lalu.

Usaha dakwah komuniti ini adalah program kerjasama Bahagian Perkhidmatan Komuniti dan Masyarakat YADIM (BKKM) dan SAF Negeri Sembilan.

Pengarah BKKM, Tuan Shahrizal Mat memberitahu, program yang dirancang sejak Oktober lalu menumpukan kepada kerja kerja pembersihan di surau surau yang telah lama  di bina di Negeri Sembilan.

Hadir sama ke program ini ialah Timbalan Pesuruhjaya SAF Kebangsaaan iaitu Tuan Hj. Abdul Latif bin Hj Yunos bersama 10 orang Ahli Jawatakuasa Surau Ar Raudhah.

Ustaz Hj. Arif Adzwan bin Ali, Saudara Fazli bin Yahya, Saudara Mohd Noor Faiz bin Rahmat, Saudara Muzzammil bin Musbah dan Saudara Faros Izzuwandy bin Rozalan dari YADIM turut sama menyumbangkan tenaga.

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *