Home » Langit Terbuka » Pindaan Perkara 121 (1A) elak keputusan Mahkamah Syariah dibatalkan

Pindaan Perkara 121 (1A) elak keputusan Mahkamah Syariah dibatalkan

Katanya Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pernah bertitah agar permasalah yang timbul berkaitan pertindihan bidang kuasa mahkamah itu dikaji dan diselesaikan. Sementara itu Mohd Na’im berkata antara usaha lain pemerkasaan Mahkamah Syariah yang telah dilakukan pihaknya ialah menubuhkan Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan di bawah MKI. Ia membuktikan bahawa Kerajaan Madani benar-benar serius dalam usaha-usaha memperkasa perundangan dan kehakiman syariah. —AlHijrah Online

KUALA LUMPUR: Usaha memartabat perundangan dan kehakiman syariah sentiasa menjadi agenda utama kerajaan terutamanya melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beberapa kes keputusan Mahkamah Syariah yang dicabar dan ditolak di Mahkamah Sivil memerlukan usaha segera dan serius bagi memperkasa kedudukan Mahkamah Syariah.

Antara perkara penting dalam usaha pemerkasaan undang-undang syariah ialah pindaan kepada Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata melalui pindaan itu Mahkamah Sivil tidak boleh membatalkan keputusan yang dibuat di Mahkamah Syariah.

“Terdapat beberapa kes Mahkamah Sivil dengan bidang kuasanya membatalkan atau menyemak keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Syariah berdasarkan prinsip-prinsip sivil.

“Melalui pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Syariah dalam bidang kuasanya tidak boleh dicabar di Mahkamah Sivil,” katanya kepada TV AlHijrah ketika program Analisis ‘Agenda Memperkasa Perundangan dan Kehakiman Syariah’.

Katanya Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pernah bertitah agar permasalah yang timbul berkaitan pertindihan bidang kuasa mahkamah itu dikaji dan diselesaikan.

Sementara itu Mohd Na’im berkata antara usaha lain pemerkasaan Mahkamah Syariah yang telah dilakukan pihaknya ialah menubuhkan Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan di bawah MKI.

Ia membuktikan bahawa Kerajaan Madani benar-benar serius dalam usaha-usaha memperkasa perundangan dan kehakiman syariah. —AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *