Home » Langit Terbuka » PKPB untuk imbangkan aspek kesihatan, ekonomi

PKPB untuk imbangkan aspek kesihatan, ekonomi

PKPB akibat peningkatan kes jangkitan COVID-19, menyeimbangkan antara aspek kesihatan dan ekonomi dengan membenarkan sektor itu terus beroperasi di kawasan berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan - Foto TV Sarawak

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah adalah membabitkan sektor sosial dan pendidikan saja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penguatkuasaan PKPB itu juga bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan pandemik di kawasan terbabit.

Katanya, PKPB akibat peningkatan kes jangkitan COVID-19 itu juga menyeimbangkan antara aspek kesihatan dan ekonomi dengan membenarkan sektor itu terus beroperasi di kawasan berkenaan.

“PKPB tidak akan mengganggu sektor ekonomi dan rantaian bekalan untuk terus beroperasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah.

“PKPB membenarkan ekonomi dan rantaian bekalan untuk terus beroperasi tanpa gangguan, hanya sekatan terhadap sektor sosial dan pendidikan dilaksanakan, ” katanya di Facebook dan Twitter hari ini (13 Oktober).

Semalam, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID-19.

Selain itu, pelaksanaan PKPB di seluruh Sabah pula dikuatkuasakan malam tadi hingga 26 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas mendengar nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada masa sama, Dr Noor Hisham, mengakui situasi yang melanda kini sememangnya mencabar untuk melindungi serta mencapai keseimbangan antara kesihatan serta dan ekonomi daripada COVID-19.

“Sebarang kehilangan keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi bermaksud ia berisiko terhadap kehilangan nyawa dan mata pencarian,” katanya.

Semalam, sejumlah 563 kes baharu COVID-19, dengan dua kematian direkodkan di Sabah menjadikan keseluruhan kes sehingga kini ialah 16,220.

Sabah masih kekal merekodkan kes positif harian tertinggi dengan 291 kes semalam,manakala Selangor (69 ); Kuala Lumpur (27 ) dan Putrajaya (dua). – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *