Home » Langit Terbuka » PM Anwar pimpin lafaz kalimah syahadah saudara baharu

PM Anwar pimpin lafaz kalimah syahadah saudara baharu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang lelaki yang baru memeluk Islam, hari ini (18 Ogos).

Acara itu dijalankan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas beliau menunaikan solat jumaat bersama jemaah di sekitar kawasan itu.

Lelaki warganegara Malaysia berusia 27 tahun itu dikenali sebagai Muhamad Anwar Karthiban selepas memeluk Islam.

Terdahulu, kira-kira 1,000 jemaah teruja dapat menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri dan mengambil peluang bergambar.

Selesai bersolat, Anwar bersalaman dengan jemaah yang hadir selama 15 minit sebelum beredar dari masjid kira-kira pukul 2.24 petang.

Turut hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *