Home » Citra Yadim » YADIM dicadang tubuh koperasi

YADIM dicadang tubuh koperasi

SEMENYIH – YADIM telah dicadangkan untuk menubuhkan sebuah koperasi bagi memperkasa dan mempelbagaikan lagi jalan dakwahnya.

Cadangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Dato’ Setia Dr Haji Naim Mokhtar itu dilontarkan beliau ketika merasmikan program Kemasyarakatan dan Usrah Bimbingan Pemantapan Asas Fardhu Ain (Bimbingan Akademi Daie Muda YADIM) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA di Masjid Bandar Rinching, Semenyih pada 20 Ogos.

YADIM menyambut baik dan menghargai cadangan ini yang sudah tentu dengan usaha dan kerjasama, pasti akan dapat memyumbang kepada ummah.

Badan dakwah ini juga akan mencadangkan kepada rakan-rakan strategiknya untuk sama-sama menubuhkan koperasi.

Bagi memandu penubuhan dan perjalanan, pegawai daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan dijemput untuk memberikan khidmat nasihat.

Terdahulu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapannya menyebut, konsep koperasi ini diumpamakan sebagai dakwah atau jihad ekonomi bagi membantu umat.

Beliau menyeru lebih banyak pihak terlibat sama bagi memacu pertumbuhan ekonomi ummah.


Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengerusi Perhubungan ANGKASA Selangor, Dato’ Haji Alias Hamzah dan Profesor Madya Dr Ustaz Haji Kamarudin Salleh, Nazir Masjid Bandar Rinching.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin serta Pengarah Bahagian Pembangunan Duat, Puan Rohaizah Jawahir juga hadir sama.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *