Home » Langit Terbuka » PM Anwar umum bantuan sekolah agama rakyat Pulau Pinang sebanyak RM4.61 Juta

PM Anwar umum bantuan sekolah agama rakyat Pulau Pinang sebanyak RM4.61 Juta

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) menyaksikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (kiri) menyampaikan replika cek bantuan Sekolah Agama Rakyat negeri kepada penerima pada Majlis Penutup Seminar Malaysia MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang hari ini. –fotoBERNAMA

JAWI: Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.61 juta bagi Bantuan Sekolah Agama Rakyat (BSAR) Negeri Pulau Pinang untuk tahun ini, dalam usaha memperkukuhkan institusi pendidikan agama di negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut meliputi Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) (RM1.37 juta), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) (RM541,740) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) (RM394,750).

“Sekolah Tahfiz diluluskan sebanyak RM191,740, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) diberi RM184,700, sekolah pondok sebanyak RM160,000 dan Tadika Islam (TADIS) RM63,830,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut meluluskan RM500,000 bagi KAFA Menengah (Yayasan Islam Pulau Pinang) dan RM1.2 juta bagi Zakat Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan peruntukan Kerajaan Perpaduan yang diwakili pelbagai parti politik tanah air kepada Islam dan orang Melayu, lebih tinggi berbanding peruntukan yang diberikan tiga tahun lepas, ketika negara di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Justeru, beliau meminta rakyat agar tidak terpedaya dengan fitnah yang ditaburkan pembangkang mengenai kestabilan, bantuan dan kesediaan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Saya memegang amanah, saya berterima kasih kepada kawan-kawan saya baik dalam PKR, Amanah ataupun DAP, tidak pernah timbul isu peruntukan. UMNO yang telah bersama dengan kita, nampak dalam prinsip ini dia juga tidak berbeda pendapat,” kata Perdana Menteri. —Alhijrah Online

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *