Home » Langit Terbuka » PM beri jaminan Malaysia ditadbir tanpa undang-undang zalim

PM beri jaminan Malaysia ditadbir tanpa undang-undang zalim

Malaysia perlu mempunyai undang-undang yang baik dan bukan undang-undang yang zalim, tegas Perdana Menteri. - Foto Utusan Malaysia

PETALING JAYA – Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan akan mentadbir negara ini mengikut peraturan undang-undang dan bukan menurut beliau, yang berlandaskan undang-undang zalim seperti pentadbiran sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, rakyat akan berasa selamat apabila kerajaan yang memerintah negara ini mengikut peraturan undang-undang.

“Undang-undang yang zalim menjadikan rakyat berasa amat tidak selamat kerana mereka boleh ditangkap dan ditahan tanpa perlu dibawa ke mahkamah undang-undang. Walaupun mereka (pentadbiran sebelum ini) menghapuskan undang-undang berkenaan, namun mereka gantikan dengan undang-undang lapuk yang lain.

“Namun kerajaan baru akan memansuhkan undang-undang itu dan memperkenalkan undang-undang baru. Malaysia perlu mempunyai undang-undang yang baik dan bukan undang-undang yang zalim,” katanya semasa berucap pada pelancaran Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Perundangan LAWASIA yang pertama.

Turut hadir Peguam Negara Tommy Thomas dan Presiden Majlis Peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *