Home » Langit Terbuka » PM dukung titah Sultan Selangor bukan Islam jangan campuri urusan Islam

PM dukung titah Sultan Selangor bukan Islam jangan campuri urusan Islam

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendukung penuh titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Namun, sekiranya perlu, beliau berkata, mereka boleh menulis kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk meleraikan sebarang kemusykilan dengan baik.

“Merujuk kepada kenyataan Sultan Selangor yang mengingatkan agar dihormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia, dan saya mendukung penuh kenyataan tersebut.

“Namun, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan bagi mengelak sebarang kekeliruan, pihak bukan Islam boleh menulis kepada MKI untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam suasana yang harmoni dan beradab,” katanya dalam satu kenyataan.

Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi MKI memberi teguran serta mengingatkan rakyat negara ini khususnya mereka bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam.

Titah baginda, MKI memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.

Tambahnya, MKI dianggotai oleh pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya yang membabitkan undang-undang dan agama Islam.

Sultan Sharafuddin dalam kenyataan itu turut bertitah supaya penganut agama-agama lain mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di Malaysia.

Terdahulu, timbul cadangan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Cadangan itu bagaimanapun disifatkan sebagai tidak berasas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *