Home » Langit Terbuka » Menteri Agama bidas Koo Ham, sifatkan syor letak pakar bukan Islam tak berasas

Menteri Agama bidas Koo Ham, sifatkan syor letak pakar bukan Islam tak berasas

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. - Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Cadangan berkaitan pelantikan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam (Jawatankuasa Khas) adalah tidak berasas sama sekali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata dalam perkara dasar pentadbiran hal ehwal Islam termasuk isu dasar perundangan dan kehakiman syariah yang membabitkan urusan umat Islam, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa merujuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Katanya, MKI dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selain merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri.

“Oleh yang demikian, semua pihak adalah diseru supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengundang kegelisahan awam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *