Home » Langit Terbuka » PM jamin perubahan dasar tidak memudaratkan pelabur

PM jamin perubahan dasar tidak memudaratkan pelabur

Perdana Menteri berkata, kerajaan kini sedang menyusun semula keupayaan kewangan negara sebagai persediaan dalam menghadapi pergolakan kewangan global pada masa hadapan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa sebarang perubahan dasar yang dibuat oleh kerajaan tidak akan memudaratkan pelabur-pelabur.

Beliau berkata, kerajaan kini sedang menyusun semula keupayaan kewangan negara sebagai persediaan dalam menghadapi pergolakan kewangan global pada masa hadapan.

Katanya, semua langkah-langkah itu akan dimasukkan ke dalam bajet yang akan dibentangkan olehnya di Parlimen pada Jumaat depan.

“Belanjawan yang akan dibentangkan pada hari Jumaat ini iaitu 2 November telah direka untuk menjadikan Malaysia lebih kuat dan turut memastikan kemakmuran rakyat serta generasi akan datang,” katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan yakin bahawa dasar-dasar baru yang diwujudkan mempunyai asas yang lebih kukuh.

Malah katanya, ia juga mempunyai keseimbangan kerana kerajaan turut mengamalkan perbelanjaan secara berhemah.

Tambah beliau, perkara lain yang turut dititik-beratkan ialah memastikan agar sektor swasta turut diberi rangsangan yang kuat. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *