Home » Uncategorized » Hina Rasulullah bukan hak kebebasan bersuara

Hina Rasulullah bukan hak kebebasan bersuara

ECHR juga menyatakan bahawa perbuatan atau aktiviti memfitnah Rasulullah melangkaui had kebebasan berucap

STRASBOURG (PERANCIS) – Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan memfitnah Nabi Muhammad SAW.

Ia juga menyatakan bahawa perbuatan atau aktiviti memfitnah Rasulullah melangkaui had kebebasan berucap.
ECHR membuat keputusan itu ketika mengekalkan sabitan bersalah seorang wanita Austria kerana menggelar Nabi Muhammad SAW fidofilia.

Wanita berusia lewat 40-an hanya dikenali sebagai ES itu membuat dakwaan dalam dua seminar awam pada 2009 bahawa perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aishah sebagai perbuatan fidofilia.

Susulan itu, mahkamah di Vienna mendapatinya bersalah pada 2011 atas tuduhan menghina doktrin keagamaan dan mengarahkannya membayar denda 480 euro (RM2,300) selain kos.

Keputusan itu disahkan mahkamah rayuan di Austria menyebabkan ES mengemukakan rayuan di ECHR. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *