Home » Langit Terbuka » PM mahu forum Islamofobia libatkan ulama, pakar pelbagai agama

PM mahu forum Islamofobia libatkan ulama, pakar pelbagai agama

Perdana Menteri ketika di Forum Antarabangsa mengenai Islam dan Islamofobia: Ke Arah Bermakna Penglibatan Melalui Pendekatan Madani pada 27 Februari. - Foto Jabatan Penerangan

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penganjuran forum dan wacana mengenai Islamofia turut disertai golongan ulama dan pakar akademik daripada pelbagai latar belakang agama dalam usaha mewujudkan lebih kefahaman antara agama.

Perdana Menteri berkata, penyertaan ulama daripada pelbagai agama termasuk Islam dalam wacana berkenaan disifatkan mampu memberi manfaat terutamanya bagi mempromosikan budaya menolak kebencian agama.

“Sebagai kesimpulan, adakah kita merasakan Islamofobia perlu diteruskan sebagai satu kepercayaan kukuh? Tidak. Kita perlu lebih banyak untuk katakan ya.

“Jadi, saya menyarakan untuk sesi (wacana) pada masa depan untuk dapatkan kumpulan pakar yang mewakili Islam serta agam-agama lain seperti di Malaysia atau negara barat kerana ada ulama dan ahli akademik di sana tidak berkongsi tentang prejudis serta kebencian,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Forum Antarabangsa mengenai Islam dan Islamofobia: Ke Arah Bermakna Penglibatan Melalui Pendekatan Madani di sini tadi.

Sehubungan itu, Anwar berkata, sesi perkongsian bersama itu bakal memberi manfaat kepada setiap agama terlibat seterusnya mempromosikan budaya untuk menghapuskan kebencian dan elemen prejudis sesama individu.

“Pada pandangan saya, sesi pertukaran (pandangan) begitu berguna untuk mempromosikan ini. Untuk mendapatkan saty tahap persefahaman, ia sangat kritikal.

“Kita di Malaysia perlu tetapkan contoh ini kerana kadang-kadang turut terpengaruh dengan pemikiran barat. Kita perlu terbuka dan beri manfaat kepada orang sekeliling,” jelasnya

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *