Home » Langit Terbuka » Jakim laksana polisi 30 peratus tulisan Jawi dalam penerbitan
a

Jakim laksana polisi 30 peratus tulisan Jawi dalam penerbitan

Mohd Na'im berkata jabatan itu juga mempunyai pegawai yang dilantik sebagai Munsyi Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu penggunaan tulisan Jawi yang tepat bagi urusan rasmi. - Gambar/ FMT
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan promosi dan penerbitannya sebagai langkah memartabatkan semula tulisan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata jabatan itu juga mempunyai pegawai yang dilantik sebagai Munsyi Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu penggunaan tulisan Jawi yang tepat bagi urusan rasmi.
Menjawab celahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) sama ada kerajaan akan meneliti semula ejaan Jawi kini berbanding edisi Za’ba agar ia bersesuaian dengan maksud asal, Mohd Na’im berkata Jakim akan menyemak semula perkara itu.
“… dan kita mengharapkan daripada semakan itu, kita akan memperbaiki dan melihat kepada Jawi yang boleh diterima supaya makna sebenar tidak akan lari,” katanya.
Beliau juga berkata sebanyak 30 institusi tahfiz melaksanakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setakat ini.
Katanya program itu boleh diperluas kepada Sekolah Agama Rakyat lain dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, kolej komuniti GiatMARA dan beberapa agensi berkaitan.
— BERNAMA

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *