Home » Langit Terbuka » PM mahu kajian, laporan lengkap isu pensijilan halal minggu depan – Fahmi

PM mahu kajian, laporan lengkap isu pensijilan halal minggu depan – Fahmi

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah diarahkan untuk melakukan kajian dan menyediakan laporan lengkap berhubung isu pensijilan halal.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata arahan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada Rabu.
Fahmi berkata, Perdana Menteri mahu hasil kajian dan laporan lengkap dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.
“Perdana Menteri sudah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk sediakan laporan, apakah langkah seterusnya untuk dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.
“Jadi, kita akan tunggu hasil laporan dan kajian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang akan dibentangkan minggu depan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, pada Rabu.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *