Home » Langit Terbuka » PM umum senarai menteri Kabinet

PM umum senarai menteri Kabinet

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menerima menghadap oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) di Istana Negara hari ini. --Foto Bernama

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru.

Perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.” Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang tadi.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut:

Perdana Menteri: Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Bersatu – Langkawi)

Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (PKR – Pandan)

MENTERI

BERSATU:

Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)

Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (Titiwangsa)

PKR:

Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)

Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:

Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)

Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)

AMANAH:

Menteri Pertahanan: Mohamad bin Sabu (Kota Raja)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub (Pulai)

Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 jam 11.30 pagi di Istana Negara. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *