Home » Langit Terbuka » PNB serah zakat kepada pelajar kolej matrikulasi

PNB serah zakat kepada pelajar kolej matrikulasi

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek

KUALA PILAH 26 Jan. – Seramai 70 pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di sini, hari ini, menerima sumbangan antara RM500 hingga RM1,000 melalui Program Zakat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata 20 orang pelajar cemerlang menerima menerima RM1,000 manakala 50 pelajar lagi menerima RM500.

“Secara keseluruhan, PNB akan menyerahkan sumbangan zakat kepada 1,100 pelajar kolej matrikulasi yang datang daripada keluarga golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di seluruh negara dengan baki 1,030 orang lagi akan menerima sumbangan itu pada majlis berasingan.

“Pelajar yang mencatat keputusan cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 akan menerima RM1,000 manakala yang lain (RM500). Kita berharap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka apabila melanjutkan pengajian di universiti pada September depan,” katanya di sini, hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *