Home » Langit Terbuka » Pokok Sahabi tiada kena mengena dengan kisah Rasulullah

Pokok Sahabi tiada kena mengena dengan kisah Rasulullah

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Orang ramai diseru tidak mudah mempercayai kisah pokok di Jordan yang dikaitkan dengan tempat perteduhan Rasulullah SAW memandangkan kesahihan masih diragui dan tiada bukti kukuh.

Jelas Pensyarah Hadis Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Rozaimi Ramle kajian yang dibuat pakar dari Jordan mendedahkan usia sebenar pokok itu tidak sampai 1,000 tahun.

Beliau yang pernah menuntut di Universiti Mu’tah Jordan menegaskan ini bercanggah dengan dakwaan orang ramai yang menyebarkan cerita mengaitkan pokok itu dengan sejarah Rasulullah SAW.

Tambahnya lagi, yang menyedihkan  terdapat juga segelintir umat Islam yang pergi menziarah pokok berkenaan dengan melakukan perkara dilarang di sisi agama dan kononnya mengambil berkat dari tempat tersebut.

“Kisah yang dikatakan Rasulullah berteduh di bawah pokok itu tidak disepakati oleh ulama hadis. Sebahagian mereka menerimanya dan sebahagian mereka menolak kesahihan ceritanya. Antara yang menolaknya ialah al-Zahabi (wafat: 748hijrah) dalam kitabnya Tarikh al-Islam.

“Sebab beliau (al-Zahabi) menolak kesahihan kisah ini ialah kerana ia bercanggah dengan logik akal. Riwayat ini menyatakan bahawa Baginda dipayungi awan, jika begitu mengapa perlu berteduh di bawah pokok lagi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.

Rozaimi lebih cenderung untuk menyokong dakwaan bahawa pokok berkenaan tidak ada kena mengena dengan kisah Rasulullah SAW.

Kajian yang dilakukan oleh Pusat Geografi Diraja Jordan menunjukkan pokok ini hanya berusia 520 tahun sahaja.

“Jika pergi untuk melihat kebesaran Allah kerana menghidupkan pokok di kawasan kering kontang tidak mengapa. Tetapi jika pergi untuk melakukan amalan khusus dengan anggapan ia pokok teduhan Nabi atau ia adalah ‘the living sahabat’, ia adalah dakwaan yang tidak ada bukti konkrit,” tambahnya. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *