Home » Langit Terbuka » Tidak daftar, keluar mengundi bertentangan ajaran Islam – Hadi Awang

Tidak daftar, keluar mengundi bertentangan ajaran Islam – Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

SHAH ALAM: Tindakan segelintir golongan muda yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak keluar mengundi bertentangan dengan Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa nabi dan rasul tidak pernah memisahkan dakwah dan politik.

Malah, terdapat firman Allah SWT yang menyebut bahawa Tuhan menjadikan Nabi Adam dan manusia sebagai khalifah (pentadbir Islam) di muka bumi.

“Islam merangkumi seluruh hidup manusia. Maka menjadi kewajipan umat Islam terlebih dahulu daripada orang lain berjuang untuk memilih kerajaan dan memimpin kerajaan yang adil untuk semua.

“Malangnya hari ini ramai kalangan umat Islam, anak muda yang menganggap mengundi pada pilihan raya tak penting, tak mahu keluar mengundi.

“Ini satu anggapan yang salah, bertentangan dengan agama Islam,” katanya.

Beliau berucap merasmikan jentera pilihan raya Pas Selangor bersempena perhimpunan Fastaqim 2.4 di sini hari ini. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *