Home » Langit Terbuka » Polis cari lelaki bantu kes tipu pakej umrah ‘Kak Ton”

Polis cari lelaki bantu kes tipu pakej umrah ‘Kak Ton”

MOHD. Yusri Tuan Long, 38, dicari polis bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah yang didakwa dilakukan seorang suri rumah, Zaiton Man, 48, atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ton di Muadzam Shah, Rompin, Pahang. - UTUSAN ONLINE

KUANTAN 1 Feb. – Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah yang didakwa dilakukan seorang suri rumah, Zaiton Man, 48, atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ton di Muadzam Shah, Rompin di sini..

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki tersebut , Mohd. Yusri Tuan Long, 38, yang beralamat di Kampung Larut Tin, Taiping Perak adalah saksi penting dalam kes tersebut.

“Polis meminta lelaki ini supaya hadir ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri atau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Kak Ton yang merupakan seorang suri rumah berdepan 11 pertuduhan setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Rompin atas dakwaan menipu pakej umrah membabitkan jumlah kerugian RM44,000 sejak dua tahun lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapannya. UTUSAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *