Home » Langit Terbuka » Polis kesan wanita terima bayaran pakej umrah

Polis kesan wanita terima bayaran pakej umrah

Superintendan Chan Teik Paing

ALOR SETAR 4 Feb. – Polis sedang mengesan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam penipuan pakej umrah di negeri ini.

Wanita itu dipercayai menerima sejumlah wang daripada seorang ustazah hasil kutipan daripada 25 bakal jemaah umrah tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Chan Teik Paing, berkata hasil siasatan terhadap ustazah yang didakwa menipu pakej umrah berkenaan, mendapati dirinya sudah menyerahkan wang itu kepada seorang wanita lain.

“Pihak polis kini sedang mengesan wanita yang didakwa menerima wang itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Pada 27 Januari lalu, 12 daripada 25 bakal jemaah membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang wanita bergelar ustazah yang menguruskan pakej umrah membabitkan jumlah keseluruhan RM178,600.

Kesemua mangsa yang menetap di Guar Chempedak dan Alor Setar mendakwa menyerahkan wang kepada wanita berkenaan di sebuah masjid di Tandop, di sini.

Bagaimanapun, penerbangan mereka ke Makkah yang sepatutnya pada 6 Disember ditunda ke 9 Disember dan ditunda sekali lagi pada 17 Disember tahun lalu sebelum kesemua mangsa membuat laporan kepada Persatuan Pengguna Kedah (CAKE).

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *