Home » Langit Terbuka » Polis sahkan jumpa motosikal digunakan pembunuh Fadi

Polis sahkan jumpa motosikal digunakan pembunuh Fadi

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

SHAH ALAM – Polis mengesahkan penemuan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang digunakan oleh suspek pembunuhan Imam Palestin, Dr. Fadi M.R Albatsh berhampiran tasik Danau Kota, Kuala Lumpur petang tadi.

Motosikal itu ditemui orang awam kira-kira pukul 1 petang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, motosikal tersebut ditemui dalam keadaan baik.

“Ya, betul ada temui motosikal disyaki digunakan penjenayah tersebut pada kejadian pagi Sabtu lalu,” katanya pada sidang akhbar sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Polis Selangor sebentar tadi.

Sabtu lalu, Dr. Fadi ditemui mati akibat ditembak berkali-kali oleh dua suspek yang menaiki motosikal berkuasa tinggi di hadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Setapak Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala hasil bedah di Hospital Selayang mendapati, sebanyak 14 butir peluru ditemui pada badan dan kepala mangsa. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *