Home » Langit Terbuka » Polis serah kertas siasatan isu jenaka ‘ham’ kepada Pejabat Peguam Negara esok

Polis serah kertas siasatan isu jenaka ‘ham’ kepada Pejabat Peguam Negara esok

RAZARUDIN: Sebanyak 21 soalan telah diajukan kepada suspek yang juga pesara jururawat dan beliau mengaku telah memuat naik komen seperti yang disiasat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan berhubung isu jenaka ‘ham’ yang didakwa menghina agama Islam kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah selesai merakam keterangan daripada seorang lagi suspek, seorang wanita berusia 64 tahun yang dipercayai meninggalkan komen kontroversi di akaun Facebook milik seorang pelawak dan pelakon, baru-baru ini.
“Sebanyak 21 soalan telah diajukan kepada suspek yang juga pesara jururawat dan beliau mengaku telah memuat naik komen seperti yang disiasat.
“Suspek menyatakan tujuan menulis komen tersebut adalah sebagai reaksi balas terhadap hantaran pelawak dan pelakon itu yang keliru dengan perkataan ‘ham’. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad SIM Maxis,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Jumaat lepas, polis telah mengambil keterangan seorang pelawak dan pelakon berusia 54 tahun yang memuat naik hantaran dan sekeping gambar menunjukkan segelas kopi bernama ham sap kopi berharga RM5.50.
Pelakon itu didakwa memuat naik hantaran tersebut ketika kontroversi status halal sandwich ham and cheese baru-baru ini yang dikatakan membuka ruang untuk mempersendakan agama Islam dan nama Nabi Muhammad SAW.
Setakat ini, sebanyak 16 laporan polis telah diterima di seluruh negara berhubung isu itu dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
— BERNAMA

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *