Home » Langit Terbuka » Polis siasat pemandu e-hailing hina agama, negara depan pelancong

Polis siasat pemandu e-hailing hina agama, negara depan pelancong

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina memperlekehkan agama Islam ketika berbual dengan pelancong asing dari England.

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat tindakan seorang pemandu e-hailing yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Malaysia kepada pelancong asing yang mana videonya diviralkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata polis sudah menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 49 tahun yang melihat video tersebut di aplikasi TikTok semasa berada di rumahnya di Kempas Baharu, Johor Bahru, semalam.

Katanya, lelaki itu mendakwa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok ‘Samisma_News & AATV Rakyat News’ memaparkan seorang pemandu e-hailing didakwa menghina agama Islam serta memburukkan Malaysia kerana tidak berpuas hati kerana negara ini mengharamkan arak dan bermain judi.

“Hasil siasatan mendapati video terbabit dimuat naik kira-kira 7 malam semalam dengan mengeluarkan kenyataan sensitif.

“Semakan akan dibuat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan butiran pemilik akaun dan mengenalpasti pemandu e-hailing,” katanya ketika dihubungi.

Razarudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam tular dilaman sosial sebuah video dipercayai dirakam pelancong warga asing yang memaparkan pemandu e-hailing berkenaan didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Islam ketika berbual dengan pelancong terbabit ketika menggunakan perkhidmatannya.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *