Home » Langit Terbuka » Polisi baharu pengambilan pekerja asing

Polisi baharu pengambilan pekerja asing

Polisi dan dasar baharu pengambilan pekerja asing itu antara lain bagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing selain mengurangkan monopoli pihak ketiga

IPOH  – Kerajaan akan mengumumkan dasar dan polisi baharu berkaitan pengambilan pekerja asing di negara ini pada Selasa ini.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata, polisi baharu itu diumumkan selepas perbincangan terperinci kementeriannya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari tersebut.

Menurutnya, polisi dan dasar baharu itu antara lain bagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing selain mengurangkan monopoli pihak ketiga yang dilihat sering berlaku pada sistem sekarang.

“Selasa depan akan ada mesyuarat antara kementerian saya dan Kementerian Dalam Negeri dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mempengerusikannya menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mesyuarat ini khusus bagi membincangkan mengenai pekerja asing dan isu-isu yang sering timbul dan ada berita baik akan diumumkan kerajaan terutama berhubung polisi pengambilan pekerja asing yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melepaskan peserta Program Kayuhan Basikal ‘Ride with the Boss’ sambil mempromosikan kebersihan Bandar Raya Ipoh di sini.

 

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/polisi-baharu-pengambilan-pekerja-asing-1.727027

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *