Home » Citra Yadim » Pondok Al Majmak Al Thurath Al Islami Al Malizi Terima Sumbangan YADIM – CIMB Islamic

Pondok Al Majmak Al Thurath Al Islami Al Malizi Terima Sumbangan YADIM – CIMB Islamic

JURU – Warga pondok di negeri ini turut menerima manfaat daripada program sumbangan Ramadan/Aidilfitri Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan CIMB Islamic Bank Berhad.
Pada 11 Mei di sini, seramai 11 orang guru termasuk mudir Pondok Al Majmak Al Thurath Al Islami Al Malizi menerima sumbangan Aidilfitri dan dana kepada pondok bernilai RM1,000.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Mohd Zikri Zulkifli kepada mudir pondok, Ustaz Ahmad Tajudin Abu Bakar.
Ahmad Tajudin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pihak YADIMMdan CIMB Islamic kepada warga pondok dan menyatakan kesediaan pihaknya untuk sama sama terlibat dalam melestarikan gerakan dakwah.
YADIM dan CIMB Islamic kini dalam gerak kerja menyantuni golongan yang memerlukan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *