VATICAN 10 April – Pemimpin agama Vatican City, Pope Francis yang dijadualkan untuk mengadakan rangka lawatan ke Mesir pada hujung bulan ini tidak bercadang untuk membatalkan kunjungan beliau ke negara walaupun selepas pengeboman dua gereja di Iskandariah dan Tanta di utara Kaherah semalam.
Menurut jurucakap Vatican, Paderi Angelo Becciu, Pope Francis bertegas untuk meneruskan lawatan beliau ke Mesir pada 28 dan 29 April ini.
“Ini merupakan antara misi pendamaian yang amat perlu ketika ini, Pope Francis tidak mempunyai rancangan untuk tidak meneruskan lawatan beliau selepas serangan berdarah dalam dua gereja di Mesir.
“Pihak berkuasa Mesir juga telah memberikan jaminan kepada kami segala-galanya akan berjalan dengan lancar. Kami akan pergi juga dengan keyakinan penuh terhadap Tuhan,” katanya.
Serangan semalam yang telah mengorbankan 39 orang termasuk beberapa orang anggota polis turut mencederakan beratus-ratus yang lain ketika upacara Palm Sunday semalam.
Pope Francis akan menjadi paus Roman Katolik kedua mengunjungi Mesir selepas lawatan John Paul II ke negara itu pada Februari 2000. – REUTERS

Sultan Selangor dukacita keputusan mahkamah, gesa penerbitan SIS Forum Malaysia tak lagi guna perkataan ‘Sisters in Islam’
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kekecewaan dan dukacita dengan sebahagian keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyentuh pemakaian fatwa bertarikh
KOMEN