Home » Langit Terbuka » PRN: Jangan putus silaturahim kerana perbezaan politik – Mufti Pulau Pinang

PRN: Jangan putus silaturahim kerana perbezaan politik – Mufti Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor

GEORGETOWN: Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan umat Islam supaya tidak bersikap ekstrem dan terlalu taksub dalam berpolitik sehingga sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan.

“Banyak ayat al-Quran dan hadis yang mewajibkan hubungan silaturahim antara adik-beradik dan kaum kerabat serta mengharamkan perbuatan memutuskan hubungan ini kerana ia adalah dosa besar sehingga ada hadis yang menegaskan bahawa seseorang yang berbuat demikian tidak akan masuk syurga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menyarankan pemimpin parti politik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, supaya menjelaskan perkara itu kepada pengikut masing-masing.

“Janganlah mereka menjadi batu api yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam,” katanya.

Wan Salim berkata semua pihak mesti berusaha untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan umat Islam, malah antara sesama warga Malaysia pelbagai kaum. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *