Home » Citra Yadim » PROGRAM 3K BERI IMPAK KEPADA FMD

PROGRAM 3K BERI IMPAK KEPADA FMD

PASIR PUTIH, 4 Jun –  Program Kembara Kasih Kelantan (3k) yang melibatkan Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM berakhir hari ini, dan telah berjaya memberikan impak positif kepada masyarakat setempat serta FMD sendiri dalam membentuk diri mereka sebagai pendakwah muda.

Sejak 21 Mei lalu, mereka telah berkampung di daerah berkenaan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang merangkumi program berbentuk kebajikan, pendidkan kepada golongan muda, bimbingan kanak-kanak, wanita dan remaja, lawatan ke rumah ibadat bukan Islam serta menyantuni penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman Kelantan.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program ini berlangsung termasuk program keluarga angkat, smart solat, gotong-royong, pengurusan jenazah dan lain-lain lagi dan ini sekaligus memberi pendedahan kepada FMD mengenai kehidupan masyarakat dan dakwah lapangan.

Program 3K ini telah disusun sebegitu rupa bagi memberi pendedahan seluas-luasnya kepada para FMD tentang realiti sebenar masyarakat negara ini yang memerlukan pendekatan berbeza dalam melaksanakan dakwah.

Program ini juga sekaligus memberi pendedahan kepada FMD tentang pelbagai aspek dalam melaksanakan dakwah lapangan yang memerlukan kemahiran komunikasi dan kefahaman kepada kehidupan masyarakat.

Hal berkenaan adalah satu aspek yang penting dalam dakwah kerana melalui pendekatan berkenaan mereka akan dapat mendekati masyarakat serta menyelami isu-isu dan masalah yang mereka hadapi yang sekaligus memudahkan kerja-kerja dakwah dilaksanakan.

Sepanjang program berkenaan, para FMD telah melalui jadual yang padat dengan pelbagai aktiviti yang telah diatur.

Artikel Berkaitan

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *