Home » Citra Yadim » YADIM Kenalpasti 10 NGO Kolaborasi Jayakan Program Bantu Golongan Miskin

YADIM Kenalpasti 10 NGO Kolaborasi Jayakan Program Bantu Golongan Miskin

KUALA BERANG 31 Mei – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur sedang mengenalpasti 10 Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk berkolaborasi  bagi menjayakan Program Gerak Mesra Ramadan 1437H/2016M  Peringkat Negeri Terengganu bagi menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, pihaknya sedang menyusun kutipan dana dalam bentuk barangan termasuk mengenal pasti penerima-penerima yang layak untuk diagihkan bantuan ini.
“Sumbangan daripada pelbagai pihak sama ada dari individu atau syarikat boleh disalurkan terus kepada YADIM dan pihak kami menasihatkan supaya sumbangan ini berbentuk barangan keperluan dapur seperti beras, gula dan sebagainya yang sesuai untuk kegunaan Ramadan.
“YADIM akan bertindak sebagai pusat pengumpulan dana ini dan akan membuat pengagihan pada minggu ketiga Ramadan mengikut golongan asnaf yang telah dikenalpasti mengikut daerah,”katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Bicara Dakwah Peringkat Daerah Hulu Terengganu.
Mahadi berkata,kepada sesiapa yang bercadang atau ingin menyumbangkan bantuan untuk dana berkenaan boleh menghubungi 09-6263888 (Ustaz Nasrul Hadi / Shamsul Firdaus).
Program dirasmikan oleh Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu, Ustaz Shukri Faiz Jusoh.
Mengulas lanjut mengenai Program Bicara Dakwah berkenaan, Mahadi berkata Hulu Terengganu menjadi perintis sebagai daerah pertama yang dipilih bagi mengadakan program keagamaan yang melibatkan peserta dari pelbagai jabatan serta agensi kerajaan dan swasta.
“YADIM akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Pejabat Agama Daerah sebagai rakan strategik dalam setiap penganjuran Program Bicara Dakwah di semua daerah di negeri Terengganu dengan sasaran peserta yang sama,”katanya.

Artikel Berkaitan

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *