Home » Citra Yadim » Program Aspirasi Remaja Madani ‘Kem Anak Soleh’.

Program Aspirasi Remaja Madani ‘Kem Anak Soleh’.

BERTEMPAT Di Rumah Wakaf Baitul Rahmah, Bukit Besar Kuala Terengganu, seramai 61 pelajar menyertai program Aspirasi Remaja Madani ‘Kem Anak Soleh’.
Ia merupakan anjuran YADIM Terengganu, Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Terengganu, MyCare dan Ikram Junior Kuala Terengganu.
Slot pertama pada 23 Februari diisi oleh Ustazah Nur Hidayah Abdul Razak dengan tajuk Akhlak Mulia Anak Soleh’ serta sesi senaman untuk para peserta.
Sesi seterusnya pada 24 Februari dimulakan dengan pengisian daripada Ustaz Ahmad Syafiq Rahim bertajuk ‘Sempurna Solat Kita Hebat’ diikuti praktikal Solat Dhuha serta Explorace Raikan Ramadan.
Ustazah Nur Hidayah kemudiannya memulakan sesi sebelah petang bertajuk ‘Kisah Sahabat Uwais Al Qarni’ sebelum Ustazah Hudzaifah Mohd Radzi menyampaikan ucapan bertajuk ‘Palestin di Hati’.
Perasmian penutup dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua Ikram Kuala Terengganu, Dr Ahmad Fayas Ahmad Najib dan Ahli Jawatankuasa Dakwah Akar Umbi Ikram Terengganu, Dr. Mahamod Ismail merangkap Ahli Jawatankuasa Tarbiah Modal Insan Ikram Kuala Terengganu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *