Home » Citra Yadim » Program bahaya dadah kepada penduduk Pulau Tukang Dollah

Program bahaya dadah kepada penduduk Pulau Tukang Dollah

PENGKALAN CHEPA – Bertempat di
Masjid Ussisa Littaqwa, Pulau Tukang Dollah, Pengkalan Chepa di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan program Yadim Peduli: Nahnu Maakum Sempena Bulan Dakwah pada 31 Oktober.

Objektif utama program ini ialah memberi pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat, khususnya golongan belia.

Ia merupakan anjuran bersama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan dan Pejabat Penggawa Daerah Kemumin.

Turut diadakan dalam program ini ialah ziarah asnaf kepada 10 buah keluarga.

Pengisian lain termasuklah ceramah oleh Imam Muda Masjid Panji, Ustaz Tengku Safwan Tengku Mokhtar, kuiz Maulidur Rasul dan berselawat sempena sambutan bulan Maulidur Rasul.

Perasmian penutup program ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Ustaz Ahmad Marzuk Shaary.

Turut hadir ialah Pengarah Yadim Kelantan Mahadi Awang, Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad dan Penggawa Daerah Kemumin, Azmi Jusoh.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *