Home » Citra Yadim » Program berkhatan YADIM meriah

Program berkhatan YADIM meriah

KOTA KINABALU 14 Dis. – Setiap kali musim cuti sekolah terutama pada hujung tahun, pastinya meriah dengan program berkhatan yang diadakan secara beramai-ramai oleh pelbagai pihak.

Program seperti ini turut diadakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah sempena Program Sayangi Saudara Kita pada 13 Disember lalu di Masjid Nur Ehsan Pekan Menumbok, Sabah.

Dengan penyertaan seramai 52 kanak-kanak lelaki, program berkenaan berlangsung dengan penuh meriah terutama apabila kanak-kanak berkenaan disiram dengan air oleh pasukan bomba sebagai menandakan bermulanya majlis berkhatan berkenaan.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program berkenaan yang diberikan secara percuma, telah mendapat sambutan yang baik daripada para penduduk sekitar yang sekaligus meringankan beban mereka dalam menanggung kos berkhatan yang agak tinggi ketika ini.

“Objektif program salah satunya adalah untuk meringankan beban ibu bapa dan penjaga kerana program ini menawarkan kos yang rendah dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur,

“Program ini  juga secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim di antara pemimpin dengan masyarakat setempat,’’ katanya.

Beliau berkata,  selain YADIM, turut memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP), Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah ( JHEAINS) dan Jawatankuasa Masjid Nur Ehsan Pekan Menumbok dan Perkips Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *