Home » Citra Yadim » Program Bicara Dakwah Kastam Sungai Petani

Program Bicara Dakwah Kastam Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Program berbentuk pengisian ilmu terus dilaksanakan YADIM Kedah sebagai  antara inisiatif menyebar dakwah untuk masyarakat.

Terbaharu dengan kerjasama
Bahagian Agama dan Kebajikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sungai Petani, YADIM Kedah telah mengadakan Program Bicara Dakwah pada 27 Januari.

Diadakan di Dewan Kompleks Kastam di sini, seramai 45 peserta daripada kalangan pegawai dan anggota Kastam serta kakitangan awam berkenaan menyertai program ini.

Pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohammad yang bertindak selaku penyelaras dan penceramah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Bekerja Sebagai Ibadah’ yang menyentuh mengenai pelbagai aspek kerja sebagai ibadah, kualiti, etika, syukur, amanah dan kepentingan solat.

Hadir sama ke program ini ialah Penolong Kanan Pengarah Kastam Tuan Azman Hashim, Pegawai Kanan Kastam Tuan Sabri Jaafar dan pegawai-pegawai bahagian.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *