Home » Citra Yadim » Banjir… masih ada yang perlu bantuan

Banjir… masih ada yang perlu bantuan

HULU LANGAT – Insiden banjir teruk yang melanda negara hujung tahun lalu kini semakin dilupakan. Ramai sudah memulakan kehidupan pasca banjir dan kembali seperti sebelumnya.

Pihak pihak yang turun padang sebelum ini membantu mangsa juga sudah pulang.

Namun sebenarnya, masih ada yang belum dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

YADIM menemui sebuah kediaman di Sungai Serai di sini yang masih tebal diseliputi lumpur banjir. Akibat tinggal bersendirian, kediaman lelaki tersebut yang dikenali sebagai Badrul kelihatan tidak terurus akibat masih tidak dibersihkan sejak banjir surut lebih sebulan lalu.

Lumpur yang kira kira sekaki tebal kini sudah keras, kawasan luar rumah pula masih kotor dan memerlukan pembersihan segera.

YADIM hadir pada 27 Januari dengan seramai 20 sukarelawan membantu membersihkan kediaman ini.

Lumpur di luar dikorek dan dibersihkan, dinding rumah pula dibersihkan agar kediaman Badrul kembali ceria dan selesa didiami.

Turut diberikan ialah sumbangan beg sekolah untuk cucu beliau yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Melihat keletah cucu beliau yang teruja dengan barangan untuk persekolahan yang diterima, memberikan satu kepuasan kepada anggota sukarelawan yang datang berkhidmat.

Semoga sedikit sumbangan kami ini dapat membantu kehidupan keluarga ini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *