SEMANGAT Ukhwah dan kebersamaan melalui aktiviti perkongsian ilmu dan santuni mad’u disemarakkan oleh YADIM Kedah dan Perlis melalui program Bicara Ilmu dan Ziarah Madani bersempena sambutan kemerdekaan yang diadakan di Surau Othmaniah, Chuping pada 31 Ogos.
Program ini menghimpunkan Sukarelawan YADIM (SAY) Perlis dan penduduk setempat dalam aktiviti ini.
Terlibat sama menjayakan program ialah kakitangan YADIM Kedah dan Perlis, Penyelaras SAY Negeri Perlis, Ahmad Fuad Ashari, Pengerusi SAY Padang Besar, Midon Darus dan Pengerusi Surau Othmaniah, Haji Bakar Saad.
Pengisian ceramah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam Universiti Utara Malaysia, Ustaz Syazwan Menon sebelum penyampaikan sumbangan kepada lima buah rumah pesakit yang terlantar di Kampung Panggas.
Semoga usaha sebegini terus menjadi jambatan dakwah yang mempereratkan ukhwah masyarakat.



KOMEN