Home » Citra Yadim » Program Dakwah Merentas Samudera

Program Dakwah Merentas Samudera

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Program Dakwah Merentas Samudera Yadim-TLDM akan diadakan pada 12 November ini di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Kota Tinggi, Johor, usahasama di antara Yadim dan TLDM.
Program berkenaan akan menggabungkan tiga program iaitu Wacana Pemantapan Akidah Ahlussunnah Wal Jamaah, Program Celik Muamalah dan Bicara Sakinah.
Program Wacana Pemantapan Akidah Ahlusunnah Wal Jamaah akan dimulakan dengan ceramah oleh penceramah bebas, Mohamed Razali bin Abdul Rahman yang akan membicarakan mengenai tajuk ` Isu-Isu Semasa: Perang Pemikiran’.
Program seterusnya akan disusuli dengan forum bertajuk `Kesatuan Akidah Memperkukuh Perpaduan Ummah’ yang akan menampilkan dua ahli panel iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam UTM, Johor, Ustaz Mahyuddin Md Sarip dan Penceramah Bebas, Ustaz Ellyeen Amineen Mohd Salleh.
Program Dakwah Merentas Samudera Yadim-TLDM kemudiannya disusuli dengan program Celik Muamalah yang akan membicarakan persoalan pelbagai aspek dalam kewangan Islam.
Celik Muamalah akan dimulakan dengan ceramah bertajuk `Pengurusan Kewangan Anda’ oleh Ahli Majlis Perunding Wanita Islam, Yadim, Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir.
Turut diadakan adalah program Bicara Sakinah yang akan diadakan sebelah malam dengan menyentuh isu-isu kekeluargaan dan pembentukan keluarga menurut ajaran Islam.
Program ini forumyang membawa tajuk ` Keluarga Mithali Impian Kita’dan akan menampilkan dua ahli panel iaitu Timbalan Naib Canselor Univerisit Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal dan penceramah bebas, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
Yadim sebelum ini pernah berkolaborasi dengan TLDM menganjurkan dua program berturut-turut iaitu Kembara Dakwah Merentasi Samudera dan Bicara Sakinah yang diadakan di Pangkalan TLDM, Lumut pada 18 dan 19 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *