Home » Langit Terbuka » Contohi usaha Johor pelbagaikan program wakaf

Contohi usaha Johor pelbagaikan program wakaf

JOHOR BAHRU 7 Nov. – Johor perlu dilihat sebagai negeri contoh dan peneraju dalam jihad ekonomi yang perlu diteladani sekali gus dikembangkan berikutan kejayaan negeri ini melaksanakan pelbagai program wakaf.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kejayaan itu disumbang menerusi kreativiti mempelbagaikan program wakaf yang tidak hanya tertumpu kepada wakaf tradisional sahaja.
Menurutnya, sebagai contoh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sentiasa menggerakkan usaha memperkasa bukan sahaja aktiviti wakaf umat Islam secara sistematik, tetapi turut menjalankan penyelidikan.
“Langkah MAINJ itu turut digerakkan secara berterusan termasuk melalui konsep Saham Wakaf Johor yang merupakan program pertama pernah diperkenalkan di negara ini dan turut diikuti beberapa negeri lain.
“Seramai 45,134 individu sudah menyertai saham tersebut yang menghasilkan kutipan terkumpul RM45 juta setakat ini,” katanya pada Persidangan Wakaf Antarabangsa Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Jamil Khir berkata, menerusi konsep saham wakaf itu juga, sebanyak 10 projek wakaf dilaksanakan oleh MAINJ khusus bagi membantu umat Islam termasuk projek saham wakaf terbaharu iaitu Wakaf Mesin Dialisis.
Tambahnya, menerusi wakaf kategori bantuan kesihatan itu, sebanyak 100 mesin dialisis bernilai RM4.5 juta untuk kemudahan pesakit buah pinggang daripada golongan miskin dan yang memerlukan disediakan.
“Wakaf itu diperkenalkan ke­rana MAINJ perlu menanggung seramai 8,230 pesakit buah pinggang dengan kos dianggarkan sebanyak RM18 juta dari tahun 2010 hingga 2015 dan tahun ini jumlah pesakit dijangka meningkat seramai 2,240.
Ini sebahagian kejayaan pelaksanaan konsep wakaf seumpama itu di Johor dan saya diberitahu bahawa pencapaian Saham Wakaf Johor sehingga kini me­nunjukkan bahawa masyarakat mempunyai kesedaran tinggi dalam pembangunan ekonomi ummah,” katanya. – https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *