Home » Citra Yadim » Program Dakwah Santai Menu Rahmah

Program Dakwah Santai Menu Rahmah

TANPA Mengira latar belakang agama, kaum dan keturunan, YADIM Terengganu pada 25 September menyantuni seramai 60 orang golongan B40 pada 25 September.
Program Dakwah Santai Menu Rahmah Bersama Komuniti di Kolej Vokasional Dungun ini, dianjurkan YADIM Terengganu dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Dungun dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Batu 6 Dungun.
Pengisian program termasuklah ceramah perpaduan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.
Juga diadakan ialah taklimat ‘Kenali Ubat Anda oleh Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Bukit Besi Dungun, Puan Fatin Nursyafiqah Anuar.
Hadir sama meraikan dan menyampaikan cenderahati adalah Pengerusi KRT Kampung Batu 6 Dungun, Encik Tan Lee Ngee.
Kesemua yang disantuni diraikan dengan jamuan menu rahmah kasih sayang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *