Home » Citra Yadim » Program FMD beri kesan positif

Program FMD beri kesan positif

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Program Felo Muda Dakwah (FMD) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah banyak membantu kerajaan dalam bidang dakwah dan ia seharusnya diperkemaskan lagi termasuk menjadikannya sebagai sebuah program tetap keraajaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, daripada maklum balas yang diterima, program FMD sememangnya diterima dengan baik oleh ahli-ahli parlimen dan ramai daripada mereka mahu menyambung perkhidmatan FMD di kawasan masing-masing.

“Program ini amat penting kerana ia membantu kerajaan dalam usaha memperkasakan bidang dakwah di peringkat akar umbi,’’ katanya hari ini ketika ke ibu pejabat Yadim bagi berjumpa dengan alumni FMD.

Dalam kunjungan itu, beliau yang merupakan tokoh mengilhamkan program FMD mendengar penerangan yang diberikan oleh Yang Dipertua, Dr. Yusri Mohamad mengenai pencapaian program berkenaan sejak diperkenalkan pada 2014.

Sejak diperkenalkan, sebanyak lima kumpulan FMD berjumlah seramai 121 orang telah berjaya lulus dalam kursus yang dilaksanakan dalam tempoh enam bulan.

Mereka kini bekerja di beberapa agensi termasuk pejabat wakil rakyat, agensi agama, institusi pendidikan, syarikat swasta dan membuka perniagaan sendiri.

Mustapa berkata, pihaknya amat berharap alumni FMD dapat sama-sama menyalurkan idea untuk memantapkan lagi program berkenaan agar ia mampu melahirkan pemimpin masa hadapan.

“Program ini adalah satu program yang sangat baik kerana tujuan asalnya adalah untuk membawa graduan pengajian Islam untuk sama-sama pemimpin dalam jentera kerajaan yang secara tidak langsung membetulkan pelbagai salah tanggapan.

“Ini secara tidak langsung membolehkan graduan-graduan ini mendampingi pemimpin sedia ada dan seterusnya mampu menyumbang kepada pembangunan negara,’’ katanya.

Beliau berkata, dengan maklum balas positif yang diterima berhubung program ini, beliau yakin program FMD akan bertambah besar dan berlaku penambahbaikan seperti tempoh penempatan di pejabat-pejabat ahli parlimen dipanjangkan.

Mustapa turut melahirkan keyakinan bahawa program FMD akan terus mendapat sokongan daripada wakil-wakil rakyat memperlihatkan kepada kesannya yang besar terhadap masyarakat di kawasan mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *