Home » Citra Yadim » program Forum Kenegaraan Madani di Kolej MARA Kuala Nerang

program Forum Kenegaraan Madani di Kolej MARA Kuala Nerang

HAMPIR 500 pelajar Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah menyertai program Forum Kenegaraan Madani pada 27 Februari.
Bertujuan menanam dan memperkukuhkan kecintaan kepada tanah air, program anjuran YADIM Kedah dan Perlis ini mendapat kerjasama Kolej MARA Kuala Nerang.
Forum yang bertajuk ‘Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan’ disampaikan oleh dua orang ahli panel situ Dr. Jufitri Johar dan Dr. Joohari Arifin.
Perasmian program ini disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin.
Hadir sama ke program ini ialah Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang, Puan Faezah Abu Bakar, Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Ustaz Mohammad Fadzil Alias dan timbalan-timbalan Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang.
Forum ini juga turut disiarkan secara langsung di media sosial YADIM selain turut dikongsikan bersama agensi Jabatan Perdana (Menteri Hal Ehwal Agama).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *