Home » Citra Yadim » Program Ibadah Korban YADIM Bersama Masyarakat Orang Asli Batu 12 Gombak

Program Ibadah Korban YADIM Bersama Masyarakat Orang Asli Batu 12 Gombak

”Terima Kasih pada YADIM kerana pilih tempat kami untuk program korban di Musolla Al-Hidayah Batu 12 Gombak. InsyaAllah sekiranya diberi peluang lagi untuk ibadah korban, pihak kami sedia menerimanya lagi.”

Demikian ungkapan kegembiraan dan rasa terima kasih salah seorang warga Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak yang menyertai Program Ibadah Korban YADIM Bersama Masyarakat pada 2 Julai.

Dia dan lebih 200 lagi penduduk bergotong royong sejak awal pagi dalam program tersebut untuk menyembelih, melapah, memasak dan mengagihkan daging korban dua ekor lembu kepada penduduk sekitar.

Program ini dijayakan Daie Orang Asli YADIM Muhamad Aslam Muhamad Abrari dan Farhana Izzaty Abdulah yang bekerja keras menyelaraskannya dengan kerjasama pengurusan Surau An Nur Batu 12 Gombak serta Penggerak Masyarakat Orang Asli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ustaz Mohd Khairunizam Abd Aziz.

Hadir sama ke program ini ialah Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pengarah Bahagian Dakwah Komuniti, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin dan pegawai pegawai YADIM.

Turut turun padang ialah rakan rakan badan bukan kerajaan, Presiden Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Dato’ Mohd Foad Mat Isa serta Rabitah Antarabangsa Alumni Al Azhar Malaysia yang diwakili Naib Presidennya, Dato’ Haji Salehhuddin Yaacob.

Datuk Hasanuddin dalam ucapannya memuji pelaksanaan program ini dan kerjasama ditunjukkan penduduk kampung yang menurutnya sangat baik hingga program berjalan dengan lancar.

Program ini merupakan yang pertama kali dilaksanakan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid 19 sebelum ini.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *