Home » Citra Yadim » Perbincangan garis panduan penerbitan filem patuh syariah

Perbincangan garis panduan penerbitan filem patuh syariah

BAHAGIAN Media dan Teknologi Dakwah YADIM telah mengadakan perbincangan mengenai garis panduan penerbitan filem dan drama patuh syariah bersama Pengarah Kanan Akademi Pengajian Islam Komtemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Dr. Hajar Opir dan Ketua Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Manusia, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Dr. Norrodzoh Haji Siren, pada 3 Julai.

Ia merupakan susulan daripada pertemuan YADIM dengan penggiat seni pada Ramadan lalu.

Pertemuan kali ini bertujuan membentangkan hasil kajian daripada pihak akademik yang telah mengkaji berkenaan garis panduan filem patuh syariah untuk industri dalam negara.

Daripada perbincangan ini, YADIM mengharapkan akan dapat menyumbang dan memberikan advokasi kepada pemain industri supaya mereka dapat menghasilkan karya yang berkualiti dan pada masa yang sama memenuhi akidah dan syariat.

Terlibat sama dalam pertemuan ini ialah Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan Strategik dan Media YADIM, Puan Zalilah Bahari serta pegawai pegawai Bahagian Media dan Teknologi Dakwah.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *