Home » Citra Yadim » Program Ihya’ Murabbi: Guru Daie, Pemangkin Generasi Madani

Program Ihya’ Murabbi: Guru Daie, Pemangkin Generasi Madani

SERAMAI 230 penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam (KPI), Bangi menyertai Ihya’ Murabbi: Guru Daie, Pemangkin Generasi Madani pada 4 November.
Program anjuran YADIM Selangor dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) ini berlangsung di Dewan Nik Mohd Mohyidden, IPG berkenaan.
Cakna dengan perkembangan semasa yang kini berlaku di Palestin, ia menghimpunkan solidariti kepada mereka selain menekankan isu Kenegaraan Madani kepada bakal-bakal guru serta forum dakwah masyarakat majmuk.
Ia bermula dengan Executive Talk Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin bertajuk ‘Guru Daie Pemangkin Generasi Madani’ sebelum diadakan tayangan montaj aktiviti dakwah YADIM serta penyampaian watikah kepada 20 pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) IPG KPI sesi 2023/2024.
Program kemudiannya diteruskan dengan Forum Syoknya Berdakwah : Edisi Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk.
Forum ini menampilkan Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Ustaz Muhammad Jais Mariappan daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Dr Ann Wan Seng daripada Persatuan Cina Muslim Malaysia dan pimpinan RSY sebagai moderator.
Hadir ke program ini ialah Pengarah IPG KPI, Dr. Abdul Rahman Abdullah, Pengarah YADIM Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Yusoff dan Pengarah Bahagian KEMUDA, Encik Shahrizal Mat.
Semoga semua yang terlibat dengan penganjuran program ini mendapat manfaat dan mendapat rahmatNya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *