Home » Citra Yadim » Program Penyampaian Barang Keperluan Asas dan Cuci-cuci Masjid (BKB)

Program Penyampaian Barang Keperluan Asas dan Cuci-cuci Masjid (BKB)

YADIM menerusi Bahagian Khidmat Bakti (BKB) telah menyantuni golongan yang memerlukan dalam Program Penyampaian Barang Keperluan Asas dan Cuci-cuci Masjid di Masjid Tambak Paya, Ayer Molek, Melaka pada 4 November.
Dalam program ini, seramai 30 keluarga menerima sumbangan beras yang disampaikan oleh Penolong Pengarah BKB, Abdul Qaiyum Aris di masjid berkenaan.
Kakitangan BKB juga membersihkan bahagian luar dan dalam Masjid Tambak Paya dalam program yang sama.
Ia merupakan sebahagian pengisian Program Ziarah Kasih Rahmah Zon Selatan 2023 anjuran Yayasan Wakaf Malaysia yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *