Home » Citra Yadim » Program Ihya’ Ramadan di Pejabat Kesihatan Daerah Marang

Program Ihya’ Ramadan di Pejabat Kesihatan Daerah Marang

PROGRAM Ihya’ Ramadan Pejabat Kesihatan Daerah Marang telah berlangsung baru-baru ini dengan pelbagai pengisian oleh YADIM Terengganu.
Turut sama menjayakan program ini ialah Kelab Sukan dan Kebajikan Kesihatan cawangan Marang (KESUKES).
Dimulakan dengan ceramah oleh pensyarah Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir yang menyentuh tentang kepentingan Ramadan diisi dengan inisiatif menambah ilmu.
Seterusnya sementara menunggu waktu berbuka puasa, program diisi dengan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022. Seramai tiga orang pelajar menerima hadiah kecemerlangan tersebut.
Selanjutnya, majlis diteruskan dengan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan hadiah tempat pertama hingga saguhati bagi pertandingan Kuiz Keluarga MADANI yang telah dianjurkan oleh pihak YADIM Terengganu sebelum itu.
Majlis berakhir dengan Iftar Madani yang menyaksikan lebih 200 kakitangan dan keluarga berhimpun di perkarangan Pejabat Kesihatan Daerah Marang dan berbuka bersama.
Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan Pengerusi KESUKES, Dr. Elyas Ahmad.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *