Home » Citra Yadim » Ziarah Rahmah: Santuni Rumah Bakti Nur Ain

Ziarah Rahmah: Santuni Rumah Bakti Nur Ain

ANAK-Anak yatim dan asnaf sentiasa dekat dengan YADIM. Pelbagai program menyantuni mereka diatur saban masa.
Terbaharu, YADIM Selangor pada 22 Mac telah berkunjung dan menyantuni Rumah Bakti Nur Ain di Bandar Baru Bangi menerusi program Ziarah Rahmah.
Penolong Pengarah YADIM Selangor bersama saudara Muhammad Hafiy Dinie Mat Zailani, pelajar Latihan Industri YADIM Negeri Selangor telah hadir ke pusat jagaan berkenaan dan disambut mesra oleh Cik Amirah Azizan, Eksekutif Rumah Bakti Nur Ain.
Bukan sekadar hadir menyampaikan sumbangan, YADIM turut sempat beramah mesra dengan para penghuni dan menyelami sendiri perasaan mereka yang menyambut Ramadan tanpa ibu bapa tercinta.
Rumah Bakti Nur Ain diasaskan oleh Encik Shaizul Karnon Nasir, seorang sukarelawan tempatan yang aktif dengan kerja-kerja kebajikan bersama isterinya, Puan Syazwani Johari sejak 2014.
Rumah ini mempunyai 23 penghuni terdiri daripada anak yatim dan anak asnaf berusia antara 4 hingga 17 tahun dan 3 orang kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan mereka.
Semoga lawatan ini dapat membantu pihak Rumah Bakti Nur Ain dan terjalin kerjasama prihatin serta peduli bersama YADIM Negeri Selangor.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *